Peguam warga United Kingdom dicabul lelaki Bangladesh - Utusan Malaysia

Peguam warga United Kingdom dicabul lelaki Bangladesh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Seorang peguam wanita yang juga pelancong warga United Kingdom mendakwa dicabul seorang lelaki Bangladesh semasa berjalan kaki di tepi jalan Lebuh Acheh di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.45 malam itu, mangsa berusia 33 tahun dikatakan berjalan seorang diri di laluan berkenaan lalu telah didatangi suspek dari arah hadapan.

Mangsa datang ke negeri ini untuk melancong pada 12 September lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, dalam kejadian itu suspek dikatakan telah mencabul pada bahagian dada mangsa.

“Suspek kemudiannya bertindak melarikan diri sebaik mangsa menjerit meminta tolong. Jeritan kuat mangsa telah didengari seorang orang awam dan berjaya menahan suspek di lokasi kejadian.

“Hasil soal siasat ke atas wanita itu, kejadian cabul yang berlaku adalah kali kedua selepas dia menjadi mangsa sama ketika bercuti di Sri Lanka di India,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Menurut Che Zaimani, suspek kini ditahan reman selama 14 hari hingga 27 September ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1963. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini