KUALA TERENGGANU – Seorang pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Terengganu ditahan reman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM6,480 pada Jun lalu. Perintah reman sehingga Selasa depan dikeluarkan oleh Majistret Nurul Huda Akmal Mohamed di Mahkamah Majistret di sini hari ini. Pegawai berusia 33 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. Terdahulu suspek yang memakai…










