KUALA LUMPUR 16 Sept. – Mana-mana ahli PKR yang mengamalkan politik wang ketika pemilihan parti itu berlangsung akan dipecat jika mereka terbukti bersalah melakukan amalan rasuah. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sendiri yang akan mengemukakan usul supaya ahli parti yang mengamalkan rasuah itu dipecat daripada parti. “Pagi tadi ditahan dua orang, kalau betul terbukti (rasuah) saya akan kemuka usul supaya dipecat mereka daripada menjadi ahli,” katanya ketika…










