Pasukan sukarelawan bantu hadapi musim monsun - Utusan Malaysia

Pasukan sukarelawan bantu hadapi musim monsun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Sept. – Satu pasukan sukarelawan dibawah pengelolaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan ditubuhkan di beberapa kawasan melibatkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar Kuala Lumpur bagi membantu pihak berkuasa tempat menghadapi musim tengkujuh.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh Tseow Suan berkata, pasukan ini akan bertindak sebagai ‘wakil’ DBKL yang akan mengawal situasi apabila berlaku kemalangan akibat bencana alam di kawasan mereka.

“Pasukan ini dianggotai oleh ahli-ahlipersatuan penduduk yang tinggal di PPR berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mereka akan diberi latihan dan pendedahan awal untuk berdepan dengan masalah berkaitan bencana alam sebelum pihak berkuasa tiba di kawasan mereka,” katanya ketika ditemui dalam majlis Taklimat Pangurusan Bencana di sini hari ini.

Yang turut hadir Ahli Parlimen Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil yang menyatakan semua cadangan pengurusan bencana itu akan dibincang dengan Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad.

Dalam perkembangan lain, pihak berkuasa tempatan terutamanya kontraktor digesa menyelenggara longkah-longkang sekitar ibu kota dan mengelak kejadian banjir kilat akibat longkang tersumbat. UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini