KUALA NERUS 16 Sept. – Majlis Syura Ulama Pas akan meneliti bentuk hubungan kerjasama antara parti itu dengan UMNO terlebih dahulu dan jika perlu, akan mengadakan muktamar khas mengenainya. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, soal hubungan kerjasama yang menjadi perhatian rakyat kini dan mendapat sokongan padu perwakilan sememangnya suatu keperluan namun tidak akan tergopoh-gapah kerana ia bukanlah suatu yang mendesak untuk disegerakan. Ini kerana katanya, Pas tidak…











