Pas bagi laluan UMNO bertanding di PRK Port Dickson - Utusan Malaysia

Pas bagi laluan UMNO bertanding di PRK Port Dickson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Pas akan memberi laluan kepada UMNO untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, kata Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed.

Beliau berkata, keputusan itu dicapai pada mesyuarat parti semalam yang turut bersetuju menyokong UMNO dalam pertandingan menentang Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tersebut.

“Kita telah berbincang mengenai PRK Port Dickson semalam iaitu kita bagi laluan pada UMNO untuk bertanding. Kita lebih suka kalau bertanding satu lawan satu. Jadi, kita akan memberi sokongan seperti yang dilakukan UMNO kepada Pas di PRK DUN Seri Setia,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas perasmian Muktamar Dewan Ulama Pas ke-57 di sini oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin dan turut dihadiri Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.

Dalam satu sidang media semalam, Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah mengumumkan beliau mengosongkan kerusi Parlimen itu bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding di situ. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN