COLOMBO 24 Sept. – Pemimpin pembangkang, Ibrahim Mohamed Salih memenangi Pilihan Raya Presiden. Keputusan Suruhanjaya Pilihanraya Maldives pagi ini menunjukkan Ibrahim dari Parti Demokratik Maldives (MDP) memperoleh 58.3 undi popular. Kemenangan itu diraikan oleh penyokong-penyokong Ibrahim dengan mengibarkan bendera MDP berwarna kuning dan berlogo gambar dacing berwarna biru sambil menari di sepanjang jalan di negara tersebut. Ibrahim mendapat sokongan daripada empat gabungan parti pembangkang yang cuba untuk menjatuhkan kepimpinan Abdulla…









