JOHOR BAHRU 13 Sept. – Pusat tahfiz swasta dan persendirian di negeri ini perlu mendapatkan sijil dan pengiktirafan daripada kerajaan negeri terlebih dahulu sebelum boleh beroperasi. Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, kerajaan negeri akan memantau semua pusat tahfiz di negeri ini dan menutup mana-mana yang beroperasi tidak mengikut syarat dan peraturan ditetapkan. Baginda bertitah, sejak akhir-akhir ini terdapat banyak pusat tahfiz swasta diwujudkan dan memohon sumbangan orang ramai…










