Pan Borneo pakej 1 dijangka dibuka Januari 2019 - Utusan Malaysia

Pan Borneo pakej 1 dijangka dibuka Januari 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMATAN – Lebuhraya Pan Borneo pakej 1 yang menghubungkan Teluk Melano ke Sematan dijangka dibuka kepada orang ramai bermula Januari 2019.

Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR), Datuk Seri Zohari Akob berkata, pihaknya sangat berpuas hati dengan kerja-kerja menyiapkan jalan ini yang dijangka siap sepenuhnya hujung tahun ini.

“Bagaimanapun, ia tertakluk kepada keputusan pihak-pihak terlibat sama ada dapat digunakan Januari depan atau tidak.

“Setakat ini, semua kerja projek berjalan lancar dan masalah-masalah yang berlaku dapat diatasi dengan baik,” katanya tadi.

Menurutnya, KKR juga menerima komitmen penuh daripada kontraktor dan pihak Lebuhraya Borneo Utara (LBU) supaya projek ini dapat disiapkan mengikut jadual.

Sehubungan itu, beliau mengharapkan komitmen ini berterusan dan dikekalkan supaya dapat dicontohi pakej-pakej lain yang terdapat dalam pembinaan lebuhraya ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN