KUALA LUMPUR – Perbuatan seorang perunding kejuruteraan warga Amerika Syarikat (AS) yang membunuh bekas isterinya dua tahun lalu akhirnya menerima balasan apabila dia dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam. Hakim Datuk Azman Abdullah membuat keputusan itu terhadap tertuduh Mickelson Gerald Wayne, 63, yang berasal dari negeri New Mexico selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah. Azman dalam keputusannya berkata, berdasarkan keterangan daripada pakar patologi, mangsa didapati…










