NEW YORK – Naomi Osaka menjadi pemain wanita Jepun pertama memenangi gelaran Grand Slam apabila menjuarai kejohanan tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) selepas menewaskan Serena Williams 6-2, 6-4 awal pagi semalam. Bagaimanapun, kemenangan Osaka itu diiringi kritikan dan cemuhan penonton apabila mereka mendakwa Williams yang merupakan pemain tuan rumah menerima layanan buruk daripada pengadil perlawanan, Carlos Ramos. Williams yang juga pemenang 23 kejuaraan Grand Slam dikenakan hukuman denda selepas dia…










