ALOR SETAR 15 Sept. – Tawaran ayam seekor pada harga 30 sen sempena sambutan ulang tahun ke-30 tahun penubuhan Ayam Bismi Sdn. Bhd. (Ayam Bismi) mendapat sambutan luar biasa daripada pelanggan setianya. Ketua Pengarah Eksekutif Ayam Bismi, Mazlina Kamarudin berkata, pihaknya menawarkan 150 ekor ayam pada 30 sen berbanding harga pasaran RM7.50 sekilogram. “Seawal pukul 6.30 pagi lagi, pelanggan Ayam Bismi mula beratur untuk mendapatkan kupon untuk membeli ayam pada…











