TOKYO 24 Sept. – Sebuah kafe yang bakal dibuka di daerah Akasaka pada November ini akan menampilkan pelayan robot yang dikawal dari rumah oleh golongan orang kurang upaya (OKU). Lapor Kyodo News, kafe terbabit akan dibuka pada Isnin hingga Jumaat dari 26 November hingga 7 Disember. Kafe itu akan menggunakan robot model OriHime-D, dikawal oleh golongan OKU yang menghidap amyotrophic lateral sclerosis (ALS), sejenis penyakit neuron motor yang menyerang saraf…










