PAKAR flick skuad hoki wanita negara, Nuraini Abdul Rashid berjanji akan menampilkan prestasi terbaik dengan kelab berpangkalan di Rom, Itali iaitu Butterfly Roma dalam saingan Serie A1 yang akan bermula pertengahan bulan ini. Selain Nuraini, seorang lagi tonggak kebangsaan iaitu pemain tengah, Fatin Shafika Mahd. Sukri turut terpilih menyarung jersi Butterfly Roma sehingga 5 November depan. Nuraini, 29, enggan mensia-siakan peluang keemasan beraksi buat kali pertama di luar negara selain…










