SATU persatu bintang di cakerawala seni tanah air kini gugur tanpa ada penggantinya. Yang pergi bertali arus. Sedang yang datang masih tiada memiliki aura yang setara. Pada tangan seniman ini pelbagai rentak dan ritma yang dahulunya seakan-akan usang, kembali segar dipersiaganya. Di jiwanya kental bersakar kecintaan terhadap akar budayanya – budaya Melayu! Pun begitu, semalam telah padamlah kandil ilham daripadanya. Sekalipun betapa kukuh cinta yang dipancarkan melalui ritma ciptaannya, dia…










