NIBONG TEBAL 25 Sept. – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini memperkenalkan hentian baharu untuk Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) melibatkan laluan Butterworth-Gemas dan Gemas-Butterworth di Stesen KTMB Nibong Tebal, di sini. Untuk laluan pertama iaitu Butterworth-Gemas, waktu ketibaan tren berkenaan ialah sekitar 7.47 pagi dan pelepasannya kira-kira seminit kemudian manakala bagi laluan Gemas-Butterworth, waktu ketibaan pula sekitar 9.38 malam dan pelepasannya juga seminit selepas itu. Acara ‘flag-off’ atau pelepasan…










