IPOH 29 Sept. – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Gerakan Reformis Muda Perak mengecam tindakan pihak tertentu yang menggunakan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sebagai ikon dalam mempromosikan penganjuran sesuatu festival atau acara. Presidennya, Roslan Ali berkata, tindakan menggunakan golongan itu terutama dalam kalangan selebriti popular dikhuatiri akan memberi kesan buruk terutama kepada generasi muda. Katanya, bantahan tersebut bukanlah bermaksud pihaknya menghalang sebarang penganjuran program keusahawan di negeri ini…