ASUDA perkasa wanita melalui transformasi diri, ekonomi - Utusan Malaysia

ASUDA perkasa wanita melalui transformasi diri, ekonomi

SABARIAH Saidan menandatangani plak perasmian Akademi SuriDana Pahang (ASUDA) di Kompleks Rakan Muda Bera di Bera, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERA: Akademi SuriDana Pahang (ASUDA) hari ini melancarkan program pencarian 50 peserta pertama di bawah inisiatif itu yang diwujudkan bagi memperkasa wanita melalui pembangunan sahsiah, kepimpinan, literasi kewangan dan peluang penjanaan pendapatan.

Pengasas dan Pengarah Program ASUDA, Iliana Sulaiman berkata, peserta terpilih akan menjalani program intensif selama enam bulan membabitkan 11 modul antaranya pemasaran digital, kepimpinan, pengurusan masa dan bimbingan khas untuk melahirkan konsultan kewangan profesional yang berlesen.

“Program ini menyasarkan penglibatan golongan wanita yang memerlukan sokongan ekonomi dan sosial, termasuk ibu tunggal, wanita B40, graduan menganggur, suri rumah, golongan asnaf serta individu yang tekad membina kerjaya baharu.

“Menerusi sasaran fasa pertama ini, ASUDA menyasarkan kehadiran 50 peserta dengan sasaran melahirkan sekurang-kurangnya 20 peserta teras yang mampu menjana pendapatan tambahan dan mengurangkan kebergantungan kepada bantuan kewangan,” katanya selepas majlis pelancaran ASUDA di Kompleks Rakan Muda Bera di sini hari ini.

Majlis itu disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Datuk Sabariah Saidan.

Iliana berkata, inisiatif murni I uturut mendapat sokongan padu daripada pelbagai rakan strategik utama, antaranya Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip), Pahang Media, MAYC Bera, Pertubuhan Kebajikan IbuNita Pahang, dan Pertubuhan Pendidikan dan Pembangunan Masyarakat Pahang.

“Melalui kerjasama strategik ini, ASUDA optimis mampu melahirkan lebih ramai pemimpin wanita komuniti yang bakal memacu transformasi sosial di negeri Pahang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN