PORT DICKSON 30 Sept. – Kemungkinan besar Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dipilih sebagai Ahli Parlimen Port Dickson dan beliau yang berasal dari Permatang Pauh, Pulau Pinang tentu kurang arif tentang kawasan baharunya.
Berikutan dicadangkan oleh netizen apa yang harus dilakukan oleh Ahli Parlimen PD.
Sebagai anak PD, ini masalah PD yg ahli parlimen baru menang kena setelkan. 1. Public transport teruk. 2. Pelancong bocor ke Melaka sebab infra pelancongan kurang.
3. Air paip kotor dan ada masa tiada
4.’Pantai awam’ dijual kepada swasta dan kroni sampai mereka halang awam datang pantai.
5. Pantai kotor.
6.Tarikan kedai makan best kurang. Medan ikan bakar ala Umbai pun tiada.
7. Penagih dan kaki minum bumi bertambah.
8. Pendatang mendarat
9. Enjin bot orang kampung kena rompak.
10. Jambatan Kuala Lukut tiada.
11. Cruise Sungai Linggi tiada.
12. Masih ada jalan yg sempit di Teluk Kemang menghala ke Sungai Raya, lorong kecemasan pun banyak yang tiada.
13. Harga ikan mahal gila. Kesian orang kampung.
14. Penjawat awam atasan ramai bukan anak negeri tapi orang luar. Kalau PD ni Johor tak macam ni.
15. Pelajaran, peluang kerja dan pendapatan isi rumah Bumi merosot.
16. Highway PD tiada bypass ke pekan PD.
17. Ahli-ahli politik bawah sampai atas banyak korup sejak dulu. Isu rasuah masih berlegar.
18.Fasiliti pantai banyak kurang.
19. Ada banyak lagi tapi hati dah panas.
– UTUSAN ONLINE










