ALOR SETAR 14 Sept. – Demi menghapuskan bukti, seorang nelayan sanggup menenggelamkan bot dikendalikannya sehingga menyebabkan dirinya bersama dua anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) tercampak ke laut awal pagi tadi. Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Mahmad Faizal Ahmad berkata, pihaknya terlebih dulu menahan bot tersebut kira-kira pukul 5 pagi di kedudukan 3.7 kilometer, selatan Kuala Kedah kerana menjalankan aktiviti rawa surung. “Kami mengikut prosedur dengan individu…










