HULU TERENGGANU 7 Sept.- Sungguhpun sambutan Bulan Kebangsaan dengan pengibaran Jalur Gemilang dalam kalangan masyarakat agak dingin kali ini tetapi tidak bagi Nawyi Eseh, 54. Meskipun tinggal di pedalaman, di kawasan Projek Penyusunan Semula Kampung (PPSK) Felcra Gunung Menerong, dia terus bersemangat meraikan sebagaimana yang dilakukan saban tahun sejak sedekad lalu. Dia tidak lokek membelanjakan kira-kira RM200 untuk menghiasi kediaman dengan Jalur Gemilang, dan hiasan daripada barangan terbuang bagi menjayakan…










