PULAU PINANG 11 Sept. – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menyindir bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang disifatkan ‘rajin’ selepas membuat beberapa kenyataan dalam sehari menerusi laman sosial. Beliau memberi reaksi itu ketika ditanya pemberita mengenai pendedahan terbaharu Najib yang juga bekas Menteri Kewangan berkenaan dana berbilion ringgit yang diterima daripada kerajaan Arab Saudi. Berhubung pendedahan itu, Guan Eng bagaimanapun mengakui beliau tidak membaca apa yang didedahkan…










