Najib mula bayar ansuran jaminan - Utusan Malaysia

Najib mula bayar ansuran jaminan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Sept. – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa atas 25 pertuduhan salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram berjumlah RM2.282 bilion selesai membayar wang jaminan RM1 juta di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur sebentar tadi.

Bayaran jamin berkenaan adalah sebahagian daripada jumlah jamin RM3.5 juta yang dibenarkan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Terdahulu, Najib, 65, tiba di mahkamah pada pukul 10.55 pagi dengan menaiki Toyota Vellfire yang kemudian terus ke kaunter bayaran jamin untuk menandatangani dokumen ikat jamin.

Memuatkan artikel berkaitan…

Semalam, Perdana Menteri keenam itu mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan salah guna kedudukan bagi mendapatkan rasuah dan 21 pertuduhan melibatkan wang haram.

Kesemua perbuatan tersebut didakwa dilakukan di AmIslamic Bank Berhad Bangunan Ambank Group No. 55, Jalan Raja Chulan di sini antara 24 Februari 2011 dan 19 Disember 2014. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini