KUALA LUMPUR 13 Sept. – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menunjukkan bukti bahawa semua wang RM2.6 bilion yang sering dicanangkan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH) telah dipulangkan. Bekas Perdana Menteri itu berkata, wang RM2.6 bilion itu merujuk kepada dana AS$681 juta yang dimasukkan dalam akaun peribadi beliau pada Mac 2013, iaitu kira-kira sebulan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan. Katanya, beliau telah diamanahkan mengikut Perlembagaan parti untuk…










