Najib ditahan hadapi 21 pertuduhan - Utusan Malaysia

Najib ditahan hadapi 21 pertuduhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Sept. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditahan di perkarangan pejabat Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram di Menara KPJ,Jalan Tun Razak di sini pagi ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, penahanan Najib dibuat apabila Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram, Urus Setia Ketua Polis Negara mendapat persetujuan daripada Jabatan Peguam Negara.

“Beliau kemudian akan didakwa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk proses pertuduhan oleh Timbalan Pendakwa Raya mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Noor Rashid memberitahu, sebanyak 21 pertuduhan melibatkan dolar AS681 juta telah disediakan iaitu sembilan pertuduhan melibatkan penerimaan wang haram, lima pertuduhan melibatkan pengunaan wang haram manakala tujuh lagi pemindahan wang haram ke entiti lain.

Jelasnya, tangkapan dan pertuduhan itu dilakukan dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini