KLUANG 14 Sept. – Polis menafikan kejadian seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun diculik di Kem Batalion 5, Pasukan Gerakan Am (PGA), Simpang Renggam di sini seperti yang tular menerusi aplikasi WhatsApp. Pemangku Ketua Polis Daerah Kluang, Deputi Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani berkata, penularan berita kehilangan kanak-kanak itu pada Selasa lalu mengatakan suspek memandu kereta berwarna hitam dan menasihatkan ibu bapa agar memantau anak-anak mereka. “Hasil siasatan pihak polis,…










