PORT DICKSON – Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun menafikan dakwaan sebanyak RM25 juta dibayar kepada bekas Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah (gambar kecil) bagi mengosongkan kerusi Parlimen itu. Beliau yang merupakan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Sembilan menyifatkan dakwaan itu tidak masuk akal. Beliau berkata, ramai wakil rakyat PKR bersedia mengosongkan kerusi mereka bagi memberi laluan kepada bakal Presiden parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim…










