PUTRAJAYA – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melalui perkhidmatan Bas Mobil JPN kini mengeluarkan MyKad dalam tempoh 45 minit sehingga sejam, kata Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Datuk Mohamad Razin Abdullah. Beliau berkata, perkhidmatan perintis itu telah bermula Julai lalu membolehkan pelanggan membuat permohonan MyKad di bas berkenaan, dicetak dan diserahkan terus kepada pelanggan. “Sebelum ini, pelanggan yang membuat permohonan melalui perkhidmatan Bas Mobil JPN yang akan ke lokasi-lokasi terpilih dan hanya boleh…









