RIO DE JANEIRO, Brazil – Kebakaran besar melanda Muzium Nasional Brazil yang berusia 200 tahun di bandar raya Rio de Janeiro kelmarin dan dipercayai memusnahkan koleksi lebih 200 barangan termasuk penemuan arkeologi dan memorabilia bersejarah. Presiden Michel Temer berkata, kemusnahan bangunan itu yang pernah menjadi istana maharaja, merupakan ‘kehilangan tidak ternilai’ buat Brazil. “Hasil kerja selama 200 tahun, penyelidikan dan ilmu pengetahuan hilang begitu sahaja,” katanya. Belum ada laporan mengenai…









