BEIJING 29 Sept. – Bekas pemain tenis No. 1 dunia Andy Murray terpaksa menarik diri daripada Terbuka China selepas mengalami kecederaan di buku lali ketika bermain dalam peringkat suku akhir Terbuka Shenzhen. Pemain berusia 31 tahun itu, yang bergelut dengan masalah prestasi serta tahap kecergasannya selepas dia menjalani pembedahan di bahagian pinggul, berkata dia memohon maaf kerana tidak dapat menyertai Terbuka China. Kejohanan itu yang akan bermula pada hujung minggu…










