PADA pagi itu, Saidatul Akma Ahmad Yani, 13, begitu teruja apabila dapat merasai keenakan piza yang dijual di Kafe Niner’s Bakery yang terletak di dalam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 9, Shah Alam, Selangor. Pelajar tingkatan satu di sekolah berkenaan itu mula membeli dan menikmati makanan berasal dari negara Itali tersebut sejak kafe berkenaan beroperasi secara rasmi pada 5 Januari lalu. Walaupun dijual pada harga RM2 untuk sekeping atau RM15…










