MENGAKUI menjadikan kisah-kisah nabi sebagai sumber rujukan utamanya untuk merealisasikan naskhah Munafik 2 dalam bentuk visual, pengarah muda prolifik, Syamsul Yusof, 34, tidak gentar filem terbaharu arahannya itu mendapat reaksi pelbagai daripada audiens sejak ditayangkan secara rasmi pada Khamis lalu. Menelan belanja sebanyak RM2.8 juta, berbanding kos pembikinan Munafik pada 2016 sebanyak RM1.6 juta, Syamsul sangat optimis dengan karya tersebut yang telah meraih kutipan RM2.05 juta sejurus tayangan awal dilaksanakan…










