WASHINGTON: Empat angkasawan berlepas menaiki roket gergasi agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) pada Rabu dalam satu perjalanan yang telah lama dinantikan untuk mengelilingi Bulan. Ia merupakan penerbangan mengelilingi Bulan yang pertama dalam tempoh lebih 50 tahun. Roket besar yang berwarna jingga dan putih itu mengeluarkan dentuman kuat yang bergema jauh melepasi tapak pelancaran dan membawa tiga warga AS serta seorang rakyat Kanada berlepas dari Pusat Angkasa Lepas…










