KUALA NERUS 15 Sept. – Majlis perasmian Muktamar Pas Pusat di Stadium Tertutup Gong Badak bermula kira-kira pukul 9 pagi ini dengan ketibaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Abdul Hadi kemudiannya memeriksa kawalan perbarisan kehormat Jabatan Amal sebelum upacara perarakan masuk ke dewan stadium.
Beliau diringi Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin; Timbalan Mursyidul, Datuk Ahmad Yakob; Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.
Memuatkan artikel berkaitan…
Majlis diteruskan dengan ucapan aluan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.
Abdul Hadi dijangka menyampaikan ucapan dasar yang dinanti-nantikan sekali gus merasmikan muktamar tahunan parti itu sebentar lagi. – UTUSAN ONLINE











