PUTRAJAYA 18 Sept. – Tiga bekas hakim Mahkamah Rayuan dan seorang pakar perundangan dilantik menganggotai Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa pada 4 September lalu.
Ketiga-tiga bekas hakim itu terdiri daripada Datuk Seri Mohd. Hishamudin Md. Yunus, Datuk Linton Albert dan Datuk Mah Weng Kwai.
Selain itu, Pensyarah Undang-undang Universiti Malaya (UM) yang juga pakar perlembagaan, Profesor Emeritus Datuk Dr. Shad Saleem Faruqi turut dilantik menganggotai suruhanjaya berkenaan. – UTUSAN ONLINE.
Memuatkan artikel berkaitan…











