KUALA LUMPUR 26 Sept. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof digesa lebih berhati-hati ketika membuat tuduhan terhadap pendakwah perbandingan agama terkenal, Dr. Zakir Naik agar tuduhan dilakukan itu tidak memberi implikasi kepada diri sendiri. Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam merangkap Ahli Dewan Tertinggi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Dr. Amini Amir Abdullah berkata, kritikan melulu Mujahid terhadap pendakwah antarabangsa itu menunjukkan beliau tidak peka dan prihatin terhadap…










