IPOH – Atlet Selangor Muhammad Aqil Yasmin meraih gelaran raja pecut Sukan Malaysia (Sukma) 2018 selepas mengungguli acara 100 meter lelaki dengan catatan 10.39 saat pada aksi yang berlangsung di Stadium Perak, Ipoh, hari ini. Muhammad Aqil membuktikan kemampuannya untuk mengetepikan dua pelari pecut kebangsaan, Muhammad Haiqal Hanafi dari Negeri Sembilan (10.43s) yang meraih pingat perak dan atlet Terengganu, Muhammad Zulfiqar Ismail (10.46s) yang sekadar berpuas hati dengan gangsa. Menurut…










