LONDON 29 Sept. – Legenda bola sepak England, Alan Shearer percaya, Jose Mourinho bakal dipecat selepas Manchester United mengalami satu lagi kekalahan, tewas 1-3 kepada West Ham dalam aksi Liga Perdana Inggeris, sebentar tadi. Bekas legenda United, Rio Ferdinand pula menjangkakan satu keputusan besar akan dibuat Red Devils dalam masa terdekat. “Saya fikir, Jose Mourinho akan hilang jawatan. “Saya tidak nampak dia mampu melakukan perubahan. Mereka tiada harapan dari awal…










