Moody’s semak semula unjuran - Utusan Malaysia

Moody’s semak semula unjuran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Moody’s Investors Services (Moody’s) menyemak semula unjuran pertumbuhan pinjaman bank kepada lima hingga enam peratus berban­ding tujuh hingga lapan peratus pada tahun ini berasaskan sentimen sederhana dalam kala­ngan sektor korporat.

Naib Presiden dan Penganalisis Kanan Moody’s, Simon Chen berkata, ini kerana sektor korporat lebih mengambil pendekatan tunggu dan lihat terhadap ketidaktentuan polisi yang akan dilaksanakan kerajaan baharu.

Sektor swasta turut menunggu pembentangan Bajet 2019 yang bakal diumumkan pada awal November ini sebelum sebarang langkah strategik perniagaan dapat dijalankan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selagi ia berterusan (ketidaktentuan), kami menjangkakan pertumbuhan akan kekal sederhana tapi dalam masa sama ia tetap memberi keuntungan kepada bank.

“Sebelum ini, kami optimis terhadap kadar pemulihan pertumbuhan pinjaman yang lebih pantas.

“Bagaimanapun, kini sudah hampir kepada penghujung tahun dan sehubungan itu, kami perlu lebih realistik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada taklimat media berkaitan unjuran bagi industri perbankan di sini semalam.

Turut hadir Penganalisis Kanan dan Naib Presiden Kumpulan Risiko Moody’s, Anushka Shah, Pengarah Urusan Bersekutu Kumpulan Institusi Kewangan London, Henry MacNevin serta Pegawai Kredit Kanan dan Naib Presiden Kumpulan Institusi Kewangan, Nitish Bhojnagarwala.

Selain itu, Moody’s turut mengekalkan prospek stabil bagi sistem perbankan Malaysia pada tahun ini berikutan ke­adaan perdagangan dan penge­tatan kewangan semasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini