KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) Datuk Mohd. Nageeb Abdul Wahab dilantik sebagai Pengerusi Felcra Bhd. berkuat kuasa 1 Oktober ini. Pelantikan itu diumumkan Pejabat Perdana Menteri melalui kenyataan hari ini. Menurut kenyataan itu Mohd. Nageeb menggantikan Datuk Seri Bung Moktar Radin yang meletak jawatan pada 1 Jun lepas. “Mohd Nageeb mempunyai pengalaman 39 tahun dalam bidang perladangan, industri getah dan sawit,” kata kenyataan itu…










