Mohd. Fasiah nafi bakal ikut jejak Mustapa dan Anifah - Utusan Malaysia

Mohd. Fasiah nafi bakal ikut jejak Mustapa dan Anifah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 19 Sept. – Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohd. Fasiah Mohd. Fakeh menafikan beliau merupakan antara wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang dikatakan bakal meninggalkan UMNO.

MOHD. FASIAH MOHD. FAKEH
MOHD. FASIAH MOHD. FAKEH 

Nama Mohd. Fasiah tular dan dikatakan ‘sudah dipikat’ bersama-sama bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman yang sudah pun mengumumkan keluar parti.

“Tak betul, itu hanya spekulasi politik, kami semua Ahli Parlimen akan bermesyuarat petang ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu tular 17 nama Ahli Parlimen UMNO yang dikatakan bakal keluar parti untuk menyertai Pakatan Harapan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN