Misteri kehilangan lelaki OKU hampir 11 jam terjawab - Utusan Malaysia

Misteri kehilangan lelaki OKU hampir 11 jam terjawab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR – Misteri kehilangan seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) hampir 11 jam akhirnya terjawab apabila mayat mangsa yang disyaki mati lemas ditemui di Empangan Timah Tasoh, Jalan Sahabat, Kaki Bukit di sini kira-kira pukul 9 pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Pemangku Superintendan Muhamad Halim Yatim berkata,  pihaknya menerima maklumat orang awam mengenai kehilangan mangsa pada pukul 10.30 malam semalam.

“Pasukan menyelamat Angkatan Pertahanan Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis dan polis menjalankan operasi mengesan mangsa.

“Mangsa dikenali Rozain Rosly berusia 30 tahun dan berasal dari Felcra Lubok Sireh di sini.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah dikesan dalam kejadian ini,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah Kangar dekat sini untuk proses bedah siasat.

Difahamkan, mangsa dipercayai tergelincir ketika mengutip rebung di tebing empangan tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN