KONFEDERASI Hoki Malaysia (MHC) akan berusaha sedaya upaya memperjuangkan nasib skuad hoki lelaki negara agar berjaya meraih slot automatik pada Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun walaupun terlepas peluang meraih tiket sebagai juara benua Asia. Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal akan menyerahkan surat rayuan kepada Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) memandangkan pemenang pingat emas Sukan Asia 2018, Jepun sudah layak sebagai tuan rumah Sukan Olimpik 2020. Bagaimanapun, surat rayuan itu yang akan diserahkan minggu ini perlu menjalani pelbagai proses termasuk mendapatkan persetujuan daripada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) sebelum dibentang pada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya