Messi jangan berhenti ledak gol - Utusan Malaysia

Messi jangan berhenti ledak gol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA 19 Sept. – Pemain tengah Barcelona, Ivan Rakitic menghambur pujian melangit kepada Lionel Messi (gambar) selepas bintang penyerang Argentina itu meledak hatrik ketika membantu Barca membelasah PSV Eindhoven 4-0 dalam aksi pembukaan Kumpulan B, Liga Juara-Juara hari ini.

Sambil mengharapkan penyerang berusia 31 tahun itu tidak berhenti menja­ringkan gol, Rakitic percaya akan lebih banyak gol mampu dijaringkan Messi selepas ini.

“Saya harap dia tidak berhenti (sampai di sini sahaja) sebaliknya akan terus sumbat banyak lagi gol.

“Perlawanan ini memang sukar memandangkan ia aksi sulung Eropah musim ini.

“Lawan kami pula bermotivasi tinggi kerana bermula baik di liga domestik tetapi ini adalah aksi daripada usaha terbaik kami walaupun masih ba­nyak yang perlu diperbaiki,” katanya.

Messi setakat ini sudah menjaringkan tujuh gol musim ini termasuk di La Liga namun Rakitic menyifatkan jaringan di saingan Liga Juara-Juara antara yang tercantik oleh rakan sepa­sukannya itu.

Mengenai kemampuan Barcelona untuk lebih menyinar di peringkat Eropah musim ini, Rakitic berkata, penanda a­rasnya ialah memperbaiki pencapaian musim lalu apabila tersingkir di suku akhir.

Barcelona akan menentang Tottenham di Wembley pada 5 Oktober ini untuk aksi kedua Kumpulan B sebelum bertemu Inter Milan pada 7 November di laman lawan. Inter menewaskan Tottenham 2-1 dalam satu lagi perlawanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN