Messi atasi Ronaldo sebagai peledak hatrik paling berbisa di Eropah - Utusan Malaysia

Messi atasi Ronaldo sebagai peledak hatrik paling berbisa di Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Lionel Messi membuktikan dirinya sebagai peledak hatrik paling berbisa dalam sejarah kempen Liga Juara-Juara Eropah selepas membantu Barcelona menang 4-0 ke atas PSV Eidhoven pada aksi pertama kempen berkenaan musim ini di Nou Camp awal pagi tadi.

Messi sebelum ini menyamai pencapaian luar biasa tersebut dengan musuh ketatnya, Cristiano Ronaldo, namun kehebatannya meledakkan tiga gol termasuk satu menerusi sepakan percuma mengangkat bintang Argentina itu sebagai penyerang paling berbahaya di Eropah.

Barca pada mulanya bergelut pada awal pemainan, namun Messi memecah kebuntuan dengan jaringan cantik sepakan penaltinya.

Selepas Ousmane Dembele menambah gol kedua, Messi kemudian meledakkan dua gol lagi dalam masa 13 minit terakhir pemainan yang turut menyaksikan pemain pertahanan Samuel Umtiti dibuang padang.

Messi meletakkan Barca 1-0 di depan menerusi jaringan sepakan penalti.
Messi meletakkan Barca 1-0 di depan menerusi jaringan sepakan penalti.

Messi kini mengumpul 48 jaringan hatrik dalam kariernya dan 103 gol dalam kempen Eropah, sekali gus menerima pujian daripada jurulatih Barca, Ernesto Valverde.

“Messi bermain seperti biasa kerana kami sering menyaksikannya bermain seperti ini.

“Namun dalam kalangan kami, dia adalah luar biasa. Dia melakukan perkara yang menakjubkan dan menjadikannya sesuatu yang rutin baginya.

“Kami perlu menguasai permainan. Amat sukar memperolehi gol pertama, namun pada babak kedua kami mula beraksi dengan baik dan mula mendominasi permainan selepas mendapat gol kedua,” jelas Valverde

Dengan prestasi terbaik Messi ketika ini, Barcelona dalam landasan terbaik untuk memecah dominasi musuh ketat mereka, Real Madrid dalam Liga Juara-Juara di mana kelab dari Catalan itu masih gagal memenanginya sejak kali terakhir tiga tahun lalu. – K! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN