LONDON 25 Sept. – Fabio Capello, Diego Forlan dan Davor Suker mengkritik Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi kerana tidak hadir ke Anugerah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) hari ini.
“Ketiadaan Ronaldo dan Messi? Ini menunjukkan mereka tidak hormat pemain, FIFA dan bola sepak.

“Mungkin mereka terlalu banyak memenanginya dan tidak mampu menerima kekalahan,” kata bekas jurulatih Real, Juventus dan England, Capello.
Bekas penyerang Uruguay dan Manchester United, Forlan menyifatkan tindakan kedua-dua pemain itu memalukan.
“Memalukan. Messi menghadiri majlis sama tahun lalu dan tidak menang. Perkara sama berlaku kepada Ronaldo semasa malam gala UEFA,” katanya.
“Anda perlu bersikap matang bukan sahaja semasa menang tetapi juga kalah,” kata bekas bintang Croatia, Suker. – AGENSI











