Menteri saran wujudkan sokongan komuniti penjagaan kanak-kanak di PPR - Utusan Malaysia

Menteri saran wujudkan sokongan komuniti penjagaan kanak-kanak di PPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mewujudkan program sokongan komuniti bagi penjagaan kanak-kanak di setiap Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, program yang menggalakkan golongan ibu di PPR bekerjasama menjaga kanak-kanak di kawasan perumahan mereka itu akan dimasukkan dalam dasar perumahan rakyat  baharu yang dijangka diumumkan hujung bulan ini.

“Kita dapati ada ibu bapa yang tinggal di PPR ini tidak mampu menghantar anak mereka ke pusat asuhan atau mengupah orang menjaga anak-anak. Jadi melalui program ini akan ada para ibu yang secara sukarela menjaga anak-anak jiran yang lain semasa ibu bapa mereka keluar bekerja.

“Mungkin kalau bukan ikut blok kita boleh buat berasaskan tingkat. Ini bergantung kepada keperluan. Jika jiran tahu yang dia ini ada masa luang, dia boleh bantu tengokkan kanak-kanak mungkin untuk tiga hingga empat jam dan esoknya ada orang lain pula yang ada masa lapang boleh jaga anak-anak jiran,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas melawat keluarga kanak-kanak perempuan, Siti Nur Nadhirah Khairul Anuar, 4 yang maut selepas terjatuh dari balkoni rumahnya di tingkat 17, Blok A, PPR Kota Damansara, pagi semalam. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN