KUALA LUMPUR – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Darell Leiking akan berkongsi pengalaman Malaysia dalam mentransformasikan hala tuju industri pengeluaran dan pembuatan ke arah pendigitalan serta mempelajari amalan terbaik dari negara-negara lain di Forum Ekonomi Dunia (WEF) mengenai ASEAN 2018. Forum tiga hari bertemakan “ASEAN 4.0: Keusahawanan dan Revolusi Industri Keempat” bermula di Hanoi, Vietnam hari ini. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata, para peserta akan membincangkan mengenai isu-isu…










