3 SEPTEMBER lalu, suatu lagi hari biasa – berlalu dengan tenang, tanpa sebarang insiden yang menggemparkan warga Terengganu. Cuma pada hari itu, ada suatu yang luar biasa berlaku dalam kamar Mahkamah Tinggi Syariah di sini. Buat pertama kalinya di negeri ini, sebatan terhadap pasangan kekasih lesbian yang mengaku cuba melakukan hubungan seks sejenis dilaksanakan, dalam menguatkuasakan hukuman takzir di bawah perundangan syariah. Namun di luar negeri, ia menjadi cukup geger, bagaikan sebatan itu menyentak…










