Adeeba dilantik panel pakar antarabangsa nilai dasar dadah seluruh dunia

Adeeba dilantik panel pakar antarabangsa nilai dasar dadah seluruh dunia

ADEEBA KAMARULZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengerusi Yayasan Aids Malaysia (MAF) dan Program Polisi Dadah Malaysia (DPPM), Prof. Emeritus Datuk Dr. Adeeba Kamarulzaman dilantik menganggotai panel pakar antarabangsa bagi tujuan menilai dasar dadah di seluruh dunia.

Pelantikan Dr. Adeeba itu selepas dipilih sendiri oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres.

Panel tersebut adalah selaras dengan Resolusi 68/6 Suruhanjaya Dadah Narkotik, yang menyeru penubuhan sekumpulan pakar bebas bagi menilai kemajuan serta mengemukakan
cadangan untuk semakan global terhadap komitmen dasar dadah yang dijadualkan
pada tahun 2029.

Menurut Dr. Adeeba, semakan tersebut adalah peluang yang jarang berlaku bagi meneliti sama ada sistem kawalan dadah antarabangsa mencapai matlamatnya serta jika sebarang penambahbaikan diperlukan.

“Panel ini menghimpunkan kepakaran dari pelbagai rantau dan disiplin untuk mengkaji bagaimana dasar dadah global dapat mencerminkan keutamaan kesihatan awam, pertimbangan hak asasi manusia, dan bukti saintifik dengan lebih baik,” katanya dalam kenyataan.

Pencapaian Presiden dan Pro Naib Canselor Monash University Malaysia, ini diiktiraf meluas atas sumbangannya dalam bidang penyakit berjangkit, pengurangan kemudaratan, dan kesihatan awam, terutamanya dalam menangani HIV dalam kalangan populasi kunci.

Beliau pernah menerajui penyelidikan klinikal yang memfokuskan kepada isu ketagihan, HIV, tuberkulosis dan hepatitis C dalam sistem penjara Malaysia semasa berkhidmat sebagai Dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN